Baki Zainal

Zahamin Baki Zainal (lahir 16 Mei 1981) ialah seorang pengacara televisyen Malaysia, terkenal dengan kefasihannya berbahasa Mandarin. Beliau ialah seorang pengacara televisyen bertaraf Asia. Baki juga pernah dipilih dua tahun berturut-turut sebagai pengacara Asian Television Awards 2016 dan 2017 di Singapura.[1]Dilahirkan di Johor Bahru, Johor, Baki mendapat pendidikan di Sekolah Cina Foon Yew, Johor Bahru hingga usia 17 tahun. Namun kerana untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, Baki akhirnya berpindah ke Shah Alam, Selangor.[2]Kerjayanya sebagai pengacara bermula apabila ditawarkan mengacarakan rancangan Teens World bersama pelakon Fazura di TV2, kemudian menjadi hos rancangan berbahasa Mandarin Step Forward musim keenam di 8TV. Episod pertama sudah mula disiarkan sejak 21 Februari lalu di saluran Hip, 8TV.[3]Beliau pernah berkhidmat di TV9 pada 2007 di bawah unit Perhubungan Awam. Sebagai pelakon, Baki pernah berlakon dalam sitkom komedi seperti Kopitiam dan Mr Siao’s Mandarin Class.[3]